.

NEWS

SCROLL UP
  • PENGUMUMAN

    14-02-2018

    PROGRAM VAKSINASI HPV TAHUN 2018 PEMBERIAN VAKSINASI HPV SECARA PERCUMA PADA TAHUN 2018 ADALAH KEPADA WANITA WARGANEGARA MALAYSIA/TETAP YANG LAHIR PADA TAHUN 1991 HINGGA 1996 SERTA BUJANG/BELUM PERNAH BERKAHWIN. WALAU BAGAIMANAPUN, KUOTA JUMLAH PENERIMA ADALAH TERHAD KEPADA 27,000 ORANG WANITA SAHAJA UNTUK SELURUH MALAYSIA & BERDASARKAN KEPADA ‘FIRST COME FIRST SERVE BASIS’. KUOTA DIBERIKAN KEPADA SETIAP NEGERI/KLINIK NUR SEJAHTERA LPPKN.

  • PERTANYAAN

    10-02-2018

    Sebarang pertanyaan mengenai Pendaftaran suntikan HPV sila hubungi Klinik Nur Sejahtera LPPKN berhampiran dengan anda. Senarai klinik boleh didapati pada icon klinik.

SCROLL DOWN

CLINICS

SCROLL UP
  • KNS Alor Setar
    Fasa 2c, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 06550 Alor Setar KEDAH

    047311471

  • KNS Baling
    71, Jalan Tuanku Badlishah, 09100 Baling KEDAH

    044702133

  • KNS KULIM
    No. 1530, Jalan Hospital Lama, 09000 Kulim KEDAH

    044906204

  • KNS Sungai Petani
    d/a Hospital Daerah, Peti Surat 86, 08007 Sungai Petani KEDAH

    044217008

  • KNS Kota Bharu
    Lot 29 & 31, Seksyen 20, Wakaf Siku, Jalan Sultan 15700 Kota Bharu KELANTAN

    097445634

  • KNS Port Dickson
    No.73, Tingkat Bawah, Jalan Dato' K.Pathmanaban ( 71000 Port Dickson NEGERI SEMBILAN

    06647 4544

  • KNS Senawang
    No. 50-G, Jalan Tmn. Komersil Senawang 7, Tmn. Kom 70450 Senawang NEGERI SEMBILAN

    06678 6602

  • KNS BENTONG
    No.43, Jalan Loke Yew 28700 Bentong PAHANG

    09-2220689

  • KNS Kuala Lipis
    No. 8, Jalan Bukit Bius 27200 Kuala Lipis PAHANG

    093121716

  • KNS Kuantan
    Malay Town, Tingkat Bawah, No.60, Jalan Putra Squa 25200 Kuantan PAHANG

    095173418

  • KNS Mentakab
    38, Jalan Zabidin 28400 Mentakab PAHANG

    092771488

  • KNS Raub
    No.1, Jalan Perdagangan 1, Pusat Perdagangan 27600 Raub PAHANG

    093552354

  • KNS IPOH
    Pusat Kepakaran Kawasan 137, Jalan Dato' Onn Jaaf 30300 Ipoh PERAK

    052548623

  • KNS KUALA KANGSAR
    No.6 & 6A, Persiaran Putera 1, Off Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar PERAK

    057773358

  • KNS MANJUNG
    166, Persiaran PM/2, Bandar Baru Manjung, 32040 Kampar PERAK

    056884192

  • KNS TAIPING
    30, Kompleks Kota Mulia, Lorong Long Jaafar, Peti 34000 Taiping PERAK

    058084772

  • KNS TANJUNG MALIM
    No.20, Taman Bunga Raya, 35900 Tanjung Malim PERAK

    054590082

  • KNS Kangar
    Jalan Abi Tok Hashim, 01700 Kangar PERLIS

    049770914

  • KNS Seberang Jaya
    No.12&14, Jalan Hala Kalui, 13700 Seberang Jaya Prai PULAU PINANG

    04390 4104

  • Pusat Keluarga Bertam
    8875, Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas PULAU PINANG

    04575 5215

  • KNS Kota Kinabalu
    No.1-0-8, Api-Api Business Centre, Blok 1, Jalan T 88100 Kota Kinabalu SABAH

    088-243422

  • KNS Sandakan
    Lot 17, Bandar Maju, Batu 1 1/2, Jalan Utara 90000 Sandakan SABAH

    089221437

  • KNS Kuching
    Lot 387, Sub Lot 16, Section 5, Wisma Polarwood, J 93400 Kuching SARAWAK

    082-411036

  • KNS MIRI
    KLINIK NUR SEJAHTERA MIRI, LOT 2549, TINGKAT BAWAH MCLD JALAN BULATAN PIASAU, 98000 MIRI SARAWAK

    082-411036 (BET

  • KNS Sibu
    Lot 3576, No.27 Tingkat 1, Lorong Chew Sik Hiong 96000 Sibu SARAWAK

    084-212405

  • KNS Besut
    Tingkat 1, Lot 257, Jalan Mok Mek, Jerteh 22000 Besut TERENGGANU

    096975591

  • KNS Dungun
    JKR 613, Jalan Yahya Ahmad 23000 Dungun TERENGGANU

    098441108

  • KNS Kuala Terengganu
    No.19, Tingkat 1, Pusat Niaga Paya Keladi, 20000 Kuala Terengganu TERENGGANU

    096305211

  • KLINIK NUR SEJAHTERA KEPONG 2
    TINGKAT 1, NO.22-1, JALAN METRO PERDANA 8, TAMAN USAHAWAN KEPONG, KEPONG UTARA, 52000 KEPONG UTARA WILAYAH PERSEKUTUAN (KUALA LUMPUR)

    03-62500670

  • KNS JALAN RAJA LAUT
    Tingkat Bawah, Bangunan LPPKN, 12B Jalan Raja Laut Samb 3002 50350 Kuala Lumpur WILAYAH PERSEKUTUAN (KUALA LUMPUR)

    0326137555

  • KNS Kepong
    Tingkat Pertama, No.12-1, Jalan Metro Perdana 8, Tmn. Usahawan Kepong, Kepong Utara 52000 Kuala Lumpur WILAYAH PERSEKUTUAN (KUALA LUMPUR)

    0362500670

  • KNS PPUM
    BILIK 10 & 11, TINGKAT 4,KOMPLEKS KESIHATAN WA PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA, 59100 KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN (KUALA LUMPUR)

    03-79540785

SCROLL DOWN

FAQ

SCROLL UP
  • Question #1

    Saya mendapat maklumat bahawa saya akan mengalami sakit lengan dan bengkak selepas menerima vaksin ini. Adakah ia benar?

    Rasa sakit dan bengkak pada lengan selalunya adalah hanya untuk beberapa jam sahaja dan akan reda selepas beberapa hari menerima suntikan.

  • Question #2

    Saya telah tertinggal 1 atau 2 dos vaksin.Adakah saya masih boleh menerimanya?

    Ya. Jika anda telah ketinggalan dos vaksin atas sebarang sebab, dapatkan dos yang tertinggal di klinik LPPKN. Sebaik-baiknya, dapatkan vaksinasi secepat mungkin. Amat penting anda menerima ketiga-tiga dos biarpun telah terlewat dari jadual sepatutnya.

  • Question #3

    Jika saya ada alahan atau sebarang penyakit, bolehkah saya menerima vaksinasi?

    Ya. Alahan terhadap makanan, lelah, demam dan alahan-alahan lain biasanya tidak menghalang seorang daripada divaksinasi. Jika anda ada persoalan perihal ini, anda dinasihatkan berbincang dengan doktor anda. Alahan teruk seperti masalah pernafasan, ruam atau kegatalan amat jarang berlaku.

  • Question #4

    Siapakah yang layak menerima Vaksinasi HPV melalui Program Pemvaksinan HPV ini?

    Bagi tahun 2017, mereka yang layak menerima Vaksinasi HPV adalah Wanita Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap, Lahir pada tahun 1990 hingga 1996, Tidak hamil, Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital

  • Question #5

    SSekiranya seorang wanita itu layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini, berapakah jumlah suntikan yang akan diterima?

    Bagi tahun 2012, mereka yang layak menerima Vaksinasi HPV adalah wanita yang lahir pada tahun 1993, warganegara Malaysia serta tidak hamil.

    Sekiranya seorang wanita itu layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini, berapakah jumlah suntikan yang akan diterima?

    Suntikan vaksin HPV adalah sebanyak tiga(3) kali untuk setiap individu.

    Jadual Vaksinasi HPV adalah seperti berikut:
    Dos Pertama Dos Kedua Dos Ketiga
    0 bulan (hari vaksinasi pertama diberikan) 1 bulan selepas dos pertama 6 bulan selepas dos pertama
  • Question #6

    Sekiranya Karshini layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini, dimanakah beliau perlu mendapatkan vaksinasi tersebut?

    Karshini boleh mendapatkan suntikan vaksin HPV ini di mana-mana Klinik Nur Sejahtera (Klinik LPPKN) di seluruh negara.

  • Question #7

    Qistina lahir pada tahun 1993 dan merupakan pengidap Down’s Syndrome. Adakah dia layak mendapatkan Vaksinasi HPV?

    Qistina layak diberi Vaksinasi HPV kerana Syndrom Down bukan kontraindikasi.

  • Question #8

    Semasa kempen Vaksinasi HPV, seorang ibu merayu supaya anak lelakinya yang berusia 18 tahun diberi vaksinasi kerana beliau terbaca artikel mengenai Vaksinasi HPV. Adakah anak lelaki tersebut layak menerima suntikan HPV melalui program ini?

    Remaja lelaki tersebut tidak layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini. Program Pemvaksinan HPV ini mensasarkan pemberian vaksinasi kepada wanita yang layak sahaja.

  • Question #9

    Devi baru menerima vaksinasi HPV. Selepas 10 minit, Devi mengadu berasa loya dan pening.
    i. Adakah loya dan pening merupakan kesan sampingan Vaksinasi HPV?
    ii. Apakah yang perlu dilakukan?

    Kesan sampingan yang paling kerap (dianggarkan 1 kes bagi setiap 10 orang yang disuntik):
    • Rasa sakit atau kurang selesa di tempat vaksinasi
    • Bengkak dan kemerahan di tempat vaksinasi
    • Sakit kepala
    • Lengoh, rasa lemah otot dan letih

    Kesan sampingan yang kerap (dianggarkan lebih dari 1 kejadian bagi setiap 100 kes):
    • Sistem pencernaan seperti loya, muntah dan sakit perut
    • Gatal, bintik merah di kulit dan urtikaria
    • Sakit sendi
    • Demam (suhu badan pada atau melebihi 38 darjah celcius)

    Kesan sampingan yang jarang berlaku (dianggarkan kurang dari 1 kes bagi setiap 100 orang tetapi melebihi 1 kes bagi setiap 1,000 vaksinasi):
    • Jangkitan sistem pernafasan (jangkitan hidung, tekak dan tengkorok)
    • Pening
    • Reaksi lain seperti bengkak yang keras, kebas dan mencucuk di kawasan vaksinasi

    Kesan sampingan yang amat jarang berlaku:
    Seseorang yang menerima vaksin HPV boleh mengalami alahan teruk yang dikenali sebagai ‘anaphylactic reaction’. Tanda-tanda keadaan ini termasuk kesukaran bernafas dan pengsan. Kes seperti ini memerlukan kepada rawatan segera dan rujukan terus ke hospital mesti dibuat.

    Selain daripada itu, dianggarkan 1 kes ‘Gullain Barre Syndrome’ (GBS) bagi setiap 100,000 Vaksinasi HPV. Kejadian GBS sekiranya berlaku, terjadi dalam tempoh 6 minggu selepas vaksinasi di mana kes akan didapati mengalami Acute Flacid Paralysis (AFP) di bahagian anggota kaki. Kes-kes yang disyaki mestilah dimasukkan ke hospital dan dilaporkan ke dalam sistem survelan AFP.

  • Question #10

    Kavita pernah mengalami alahan yang teruk selepas diberi Pelalian MMR semasa Tahun 1. Adakah dia layak mendapat vaksinasi HPV ini?

    Kavita perlu mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan/pakar perubatan sebelum menerima Vaksinasi HPV ini. Sekiranya terdapat kebenaran daripada pegawai perubatan/pakar perubatan, Kavita boleh menerima vaksinasi ini.

  • Question #11

    Fong enggan mengambil Vaksinasi HPV dos kedua kerana telah pengsan setelah menerima vaksinasi dos pertama. Adakah wajar dos kedua diberikan kepada Fong?

    Rekod kesihatan/perubatan Fong akan disemak. Sekiranya terdapat kebenaran daripada pegawai perubatan/pakar kesihatan, Vaksinasi HPV dos seterusnya perlu diberikan mengikut jadual yang ditetapkan.

  • Question #12

    Kartika seorang warganegara Indonesia, lahir pada tahun 1992 dan menuntut di IPTA. Apakah dia layak menerima Vaksinasi HPV di bawah Program Pemvaksinan HPV ini?

    Kartika tidak layak menerima Vaksinasi HPV kerana dia bukan warganegara Malaysia. Sekiranya beliau ingin mendapatkan vaksin HPV, beliau boleh mendapatkan vaksinasi ini di klinik/hospital swasta.

  • Question #13

    Aina telah mendapat Vaksinasi HPV yang pertama pada 20 Januari 2017. Beliau dijadualkan untuk mendapat dos kedua pada 20 Februari 2017. Walau bagaimanapun pada hari tersebut Aina didapati mengalami demam panas. Adakah Aina boleh menerima vaksinasi pada hari tersebut?

    Vaksinasi HPV Aina pada hari tersebut perlu ditangguhkan. Aina akan diberi tarikh temujanji baru untuk mendapatkan vaksinasi dos seterusnya.

  • Question #14

    Felia telah mendapat Vaksinasi HPV sebanyak 2 kali Januari 2017 dan Februari 2017. Dia dijadualkan untuk menerima dos ketiga pada Julai 2017. Walau bagaimanapun, dia tidak hadir untuk menerima vaksinasi pada tarikh tersebut. Apakah yang perlu Felia lakukan?

    Felia perlu mendapatkan tarikh temujanji baru dengan kadar segera.

  • Question #15

    Menurut rekod Vaksinasi HPV Adeeba, beliau telah menerima vaksinasi pertama pada Julai 2012. Tiada rekod untuk dos ke 2. Beliau datang ke klinik LPPKN untuk menerima dos ketiga. Beliau memaklumkan telah mendapat vaksinasi kedua dari sebuah klinik swasta tetapi terlupa untuk mencatatnya pada rekod Vaksinasi HPV beliau. Bolehkah Adeeba menerima vaksinasi dos ketiga di Klinik LPPKN?

    Vaksinasi dos ketiga boleh diterima di Klinik LPPKN sekiranya vaksin dos kedua dari klinik swasta adalah sama dengan jenis vaksin LPPKN.

    Sekiranya jenis vaksin dari klinik swasta adalah tidak sama dengan jenis vaksin LPPKN, dos seterusnya vaksinasi tidak boleh diberikan. Adeeba dinasihatkan untuk mengambil dos seterusnya di klinik swasta yang sama.

  • Question #16

    Yong telah menerima Vaksinasi HPV dos pertama dan kedua. Namun selepas 6 bulan, beliau terlupa untuk melengkapkan dos ketiga. Adakah Yong boleh menerima dos ketiga kerana telah melebihi tempoh 6 bulan daripada dos pertama?

    Yong perlu mendapatkan vaksinasi dos ketiga dengan kadar segera. Namun perlindungan yang optimum adalah sekiranya semua tiga dos vaksinasi dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan.

  • Question #17

    Apakah kesan sekiranya Laili tidak melengkapkan ketiga-tiga dos Vaksinasi HPV ini?

    Ketiga-tiga dos Vaksinasi HPV ini perlu dilengkapkan bagi memastikan vaksinasi ini memberikan perlindungan yang optimum bagi pencegahan kanser serviks.

  • Question #18

    Airis menerima Vaksinasi HPV dos pertama di Klinik LPPKN Melaka. Selepas seminggu menerima vaksinasi, Airis telah berpindah ke negeri Kelantan. Bolehkah Airis menerima dos seterusnya di Kelantan?

    Airis boleh menerima vaksinasi dos kedua dan ketiga di Klinik LPPKN Kelantan.

  • Question #19

    Kenchana lahir pada tahun 1993 dan beliau layak menerima vaksinasi ini pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, beliau hanya mengetahui mengenai Program Pemvaksinan HPV ini pada Januari 2013. Adakah beliau masih layak untuk menerima Vaksinasi HPV ini pada tahun 2013?

    Kenchana layak menerima vaksinasi ini kerana mengikut Dasar Program, pada tahun 2013 mereka yang lahir pada tahun 1993 dan 1994 layak menerima vaksinasi melalui program ini.

  • Question #20

    Venusha enggan menerima Vaksinasi HPV dos kedua kerana pengalaman berasa sakit yang dialami semasa vaksinasi dos pertama. Apakah tindakan anda?

    Beri nasihat mengenai faedah-faedah Vaksinasi HPV. Sekiranya Venusha masih enggan, hormati keputusannya. Rekod maklumat Venusha dalam buku pendaftaran. Nasihatkan beliau untuk mendapatkan Vaksinasi di Klinik LPPKN yang berdekatan sekiranya beliau mengubah fikiran.

  • Question #21

    Pada Julai 2012, Hani telah menerima Vaksinasi HPV dos 1. Selepas 15 minit menerima vaksinasi beliau mempunyai tanda-tanda AEFI yang serius dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Hani dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 hari berada di hospital. Adakah Hani layak diberi vaksinasi dos ke 2? Apakah tindakan yang perlu diambil seterusnya?

    Lengkapkan borang Adverse Drug Reactions dan hantar/fax ke BPFK dan Bilik Gerakan berkaitan AEFI serius dalam masa 24 jam.

    Lengkapkan borang penyiasatan kejadian AEFI serius seperti Lampiran 6.3 dan hantar ke BPFK.

    Kelompok vaksin tersebut dikuarantinkan sehingga laporan penyiasatan diperolehi. Walau bagaimanapun, rangkaian sejuk vaksin masih dikekalkan.

    Program pemvaksinan perlu diteruskan dengan menggunakan kelompok vaksin yang lain. Surat pengesahan Pakar Perubatan samada Hani boleh diberi vaksinasi HPV berikutnya perlu diperolehi.

    Dapatkan laporan penyiasatan dari BPFK samada kelompok vaksin yang dikuarantin adalah selamat untuk digunakan semula.

  • Question #22

    Vaksinasi HPV akan diberikan kepada kumpulan sasar iaitu wanita berusia 18 tahun seperti berikut:


    TAHUN PELAKSANAAN PROGRAM TAHUN KELAHIRAN KUMPULAN SASAR
    2012 1993
    2013 1993 & 1994
    2014 1993 & 1995
    2015 1993 & 1996
    2016 1993 & 1996
    2017 1990 & 1996
    2018 1991 & 1996

SCROLL DOWN

LOGIN

Note : Pendaftaran suntikan HPV boleh dibuat di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN

LPPKN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipaparkan dengan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 8 dengan resolusi 1024 x 768